comscore
Tumpuan :
Nasional

20 mangsa kebakaran rumah di Sungai Petani berlindung di PPS

SUNGAI PETANI: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini untuk menempatkan seramai 20 mangsa daripada enam keluarga di Taman Seri Impian yang musnah akibat kebakaran, awal pagi hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, PPS di Dewan Orang Ramai, Taman Seri Impian itu dibuka jam 9 pagi tadi.

“Kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 pagi itu turut menyebabkan kerosakan harta benda dan rumah penduduk.

Pusat Pemindahan Sementara dibuka untuk menempatkan 20 mangsa yang terjejas akibat kebakaran di Tan Seri Impian , Sungai Petani. – Foto: NSTP/IHSAN APM

“PPS itu dibuka dan diurus tadbir oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pelbagai jabatan berkaitan.

“Serahan Kit Bantuan Makanan Kecemasan Bencana oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut diberi kepada mangsa kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azahar meminta semua mangsa yang terjejas membuat laporan polis untuk memudahkan tindakan lanjut diambil.

Awal pagi tadi, seorang lelaki nyaris maut dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Taman Seri Impian.

Kebakaran jam 2.30 pagi itu turut menyebabkan  tiga  motosikal musnah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini