comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 20 individu alami pening kepala akibat kebocoran bahan kimia di Sepang


SEPANG: 20 individu dilaporkan mengalami simptom pening kepala, susulan kejadian kebocoran bahan kimia yang dilaporkan berlaku di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering KLIA, di sini pada jam 11.23 pagi tadi.

Menurut Komander operasi, PBK II Muhammad Nur Khairi Samsumin, mangsa terdiri terdiri daripada kakitangan Sepang Aircraf, kakitangan MAS Engineering Hangar dan kakitangan CAE.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor melalui Pusat Gerakan Operasi Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, telah menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999.

“Seramai enam orang mangsa telah dihantar ADU, 13 orang mangsa dibawa ke Medical Center dan seorang mangsa telah dibawa ke Hospital Putrajaya.

“Seramai 23 orang pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat KLIA serta pasukan HAZMAT daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan JBPM Negeri Sembilan berada telah hadir ke operasi tersebut.” menurut kenyataan itu.

Antara agensi yang terlibat adalah Airport Fire and Rescue Service (AFRS), Aviation Security (AVSEC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Side Safety.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini