comscore
Tumpuan :
Nasional

20.1 juta pelancong ke Malaysia tahun lalu 

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan

Oleh: Fatin Hanani Sahimi 

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan sebanyak 20.1 juta pelancong ke dalam negara dengan jumlah pendapatan RM71.3 billion pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, bagi sasaran ketibaan pelancongan tahun ini, Malaysia menjangkakan sebanyak  27.3 juta pelancong dengan jumlah pulangan pendapatan RM 127 bilion.

Ia disusuli pada 2025 sebanyak 31.4 juta pelancong dengan pendapatan RM125.5 billion dan  2026 sebanyak 35.6 juta pelancong iaitu RM147.1 billion.

Jelasnya , dalam usaha merancakkan industri pelancongan negara, pelbagai inisiatif digariskan termasuk menjayakan Program Tahun Melawat Malaysia 2026 dan meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan, meningkatkan kedatangan pelancong ke Malaysia.

“MOTAC juga bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha penganjuran kempen tahun melawat negeri yang telah dirancang sehingga kini 4 negeri telah umum kempen melawat negeri Melaka, Perlis, Kelantan dan Perak.

“Keempat meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan dalam meluaskan rangkaian penerbangan terus dari pasaran utama kepada Malaysia dan seterusnya menyumbang kedatangan pelancongan antarabangsa ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Datuk Seri Panglima Madius Tangau sasaran pulangan pelancongan kepada ekonomi negara dan apakah program dan langkah-langkah untuk menarik lebih banyak pelancong asing untuk melawat Malaysia.

Menurutnya, MOTAC melalui Tourism Malaysia akan meneruskan penyertaan aktif menyertai pameran-pameran pelancongan antarabangsa bagi memastikan penjenamaan Malaysia Truly Asia kekal menjadi pilihan memandangkan negara-negara pesaing dilihat aktif mempromosi destinasi pelancongan negara masing-masing.

Menjawab soalan tambahan bagaimana kerajaan memastikan pelaksanaan itu dapat dilakukan memandangkan terdapat permintaan yang tinggi, namun di peringkat penerbangan masih terdapat kekangan .

Ujarnya selepas pandemik covid, penggiat industri mengalami kesulitan menyelia kemudahan yang telah terlaksana malah kebanyakan syarikat penerbangan belum boleh mengoptimumkan syarikat mereka, namun sedang mempergiat peratusan operasi yang telah dirancang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini