Tumpuan :
Nasional

2 treler bawa simen terbalik di Bentong

Dua buah treler mengundur dan terbalik di Bentong.- Tangkap layar tular.

BENTONG: Dua treler membawa muatan simen terbalik selepas dipercayai mengalami masalah brek ketika mendaki laluan berbukit di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kejadian pertama berlaku pada jam 9.15 pagi di Kilometer 1, jalan naik arah Genting Highlands.

Manakala kemalangan kedua berlaku pada jam 2.35 petang di Kilometer 40.85 arah timur dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

“Treler pertama yang dipandu lelaki tempatan berusia 50 tahun gagal mendaki dan mengundur sebelum terbalik. Pemandunya tidak mengalami kecederaan, namun kejadian menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Sementara itu, treler kedua turut mengalami masalah sama sebelum terbalik dan melintang di jalan.

“Laluan dibuka semula kepada pengguna pada jam 3.50 petang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Rule 17 LN166/59.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini