Tumpuan :
Nasional

2 terselamat bilik di pangsapuri terbakar, punca masih dalam siasatan

Sebuah bilik di pangsapuri terbakar di Taman Seri Kayangan, Ukay Perdana, hari ini. FOTO: Ihsan Bomba

AMPANG: Dua penghuni sebuah unit pangsapuri di Taman Seri Kayangan, Jalan Ukay Perdana di sini, terselamat selepas kediaman mereka terbakar, hari ini.

Kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu disedari penghuni yang berada di rumah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 12.40 tengah hari.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah turut dihantar ke lokasi bagi membantu memadamkan kebakaran.

“Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah bilik di unit kediaman terletak di tingkat satu bangunan pangsapuri berkenaan.

“Ketika kejadian, dua orang mangsa berada dalam rumah dan berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya oleh pasukan operasi yang membabitkan kekuatan 13 pegawai serta anggota.

Beliau berkata, siasatan mendapati bilik berkenaan musnah terbakar 80 peratus.

Bagaimanapun, katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini