
Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa
PEKAN: Dua rumah separuh kekal di Kampung Sekur, di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.
Ia membabitkan rumah masing-masing berkeluasan 278.71 meter persegi dan 520.26 meter persegi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan, menerima panggilan kecemasan pada jam 9.12 malam sebelum sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan tiba kira-kira 15 minit kemudian.

Setiba di lokasi pihak bomba mendapati, tiada penghuni di dalam rumah berkenaan.
Operasi pemadaman melibatkan anggota dari BPP Pekan dibantu BBP Peramu serta jentera ‘Fire Rescue Tender (FRT)’ dari setiap balai serta satu ‘water tanker’.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.