comscore
Tumpuan :
Nasional

2 rumah hangus terbakar

Foto: JBPM

KUCHING: 16 penghuni dua rumah di Kampung Bako, di sini, hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.58 pagi.

Susulan itu, katanya, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi.

Foto: JBPM

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati berlaku kebakaran membabitkan dua rumah struktur tidak kekal yang hangus sepenuhnya.

“Semua penghuninya berjaya menyelamatkan diri ketika api mula marak,” katanya.

Katanya, kerja-kerja pemadaman api dilakukan bersama empat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Bako.

“Selepas maklumat dikumpul, didapati rumah pertama dihuni 14 sekeluarga membabitkan 10 orang dewasa dan empat kanak-kanak, manakala rumah kedua pula didiami sepasang warga emas.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mentaksir kerugian yang dialami mangsa,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini