Tumpuan :
Nasional

Dua remaja hilang dibawa arus ditemukan mati lemas

Anggota bomba membawa mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis. – FOTO: NSTP

SIBU: Dua remaja lelaki yang hilang sejak Jumaat lalu selepas dibawa arus deras semasa mandi di Sungai Rejang, ditemukan mati lemas pagi tadi.

Mayat Justin Siaw ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama orang awam pada jam 7.35 pagi, manakala mayat Kong Wei Weng ditemukan pada jam 8.15 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, proses pengecaman serta pengesahan identiti kedua-dua mangsa dilakukan ibu bapa mereka.

“Dengan penemuan ini, operasi pencarian yang memasuki hari ketiga hari ini ditamatkan pada jam 9.55 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi bedah siasat.

Petang Jumaat lalu, kedua-dua mangsa mandi di sungai bersama seorang lagi rakan mereka yang bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu.

Loading...
Terkini