SHAH ALAM: Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Selangor dinaiki air, memaksa 75 orang daripada 26 keluarga mangsa banjir dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) sejak malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor memaklumkan, kesemua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Jaya Setia dan Balai Raya Parit Mahang.
Laman web publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan aras sungai Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor pula melepasi paras bahaya dengan 27.1 meter, namun dalam trend menurun setakat 9 pagi ini. – BERNAMA