comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Dua pelajar maut kereta bertembung lori treler

 

TANGKAK: Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer (KM) 39.9 Jalan Muar-Tangkak-Segamat, di sini, pagi tadi.

Nahas dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Myvi dinaiki 2 lelaki berkenaan dari arah Tangkak termasuk ke laluan bertentangan akibat pemandunya mengantuk sebelum bertembung dengan lori treler dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian kira-kira jam 7.20 pagi tadi.

Kedua-dua mangsa yang maut adalah pelajar masing-masing berusia 24 dan 25 tahun yang beralamat di Kampung Paya Merah dan Taman Wawasan, Labis.

Akibat dari kemalangan ini, pemandu serta penumpang kereta telah disahkan maut di lokasi kerana kecederaan parah di bahagian muka dan kepala manakala pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan polis mendapati kemalangan berlaku di jalan lurus dua hala dalam keadaan cuaca baik dan berlaku pada waktu awal pagi.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tangkak untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Loading...
Terkini