comscore
Tumpuan :
Nasional

2 pelajar Malaysia maut dalam kemalangan di New Zealand

Oleh: Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR : Dua orang pelajar warga Malaysia dilaporkan maut dalam satu kemalangan di Lake Tekapo, New Zealand pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan mengesahkan, insiden melibatkan lima mangsa yang juga pelajar Malaysia membabitkan tiga buah kenderaan.

“Dua orang daripada mangsa dilaporkan terkorban di tempat kejadian manakala tiga orang lagi telah diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands, New Zealand untuk mendapatkan rawatan segera,” menurut kenyataan itu.

Jelasnya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dengan bantuan komuniti Malaysia di Christchurch, sedang menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mangsa dan ahli keluarga bagi memastikan pengurusan kebajikan berjalan dengan lancar.

“Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia sedia membantu sekiranya pihak waris membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia,” tambah kenyataan itu.

Kementerian Luar turut nmerakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini