Tumpuan :
Nasional

2 pelajar hilang, perahu tambang karam dekat Kuching

Bomba terbabit dalam operasi pencarian mangsa. – Foto Ihsan JBPM

KUCHING: Dua pelajar perempuan hilang selepas perahu tambang yang mereka naiki karam ketika menyeberangi Sungai Kayan, di Kampung Selampit, Lundu, hari ini.

Ketika kejadian pada pada jam 6.10 pagi itu, difahamkan 15 pelajar menaiki perahu berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.33 pagi.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu diarah ke tempat sejurus menerima panggilan itu.

Menurutnya, dalam laporan awal yang diterima pihaknya, tiga pelajar dilaporkan hilang tetapi seorang berjaya ditemui dengan selamat.

Dua pelajar hilang selepas perahu yang mereka naiki karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu, dekat Kuching, pagi ini. – Foto bomba

“Pencarian awal sudah dilancarkan oleh penduduk dan berjaya menemui seorang mangsa iaitu Abraham Nyoeng, 16 dalam keadaan selamat.

“Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama dengan penduduk kampung untuk mengesan dua lagi pelajar perempuan iaitu Alsma Jithil, 14 dan Helena Fasha Petrus, 17,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini