IPOH: Dua lelaki termasuk remaja maut dipercayai terkena renjatan elektrik di gerai burger di Taman Bercham Raya di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian dilapor orang awam di Balai Polis Tambun pada 1.15 pagi.
Katanya, pemeriksaan anggota di lokasi mendapati dua lelaki berumur 30 dan 14 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi gerai burger itu.
“Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka adalah pekerja gerai dan dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang bekerja,” katanya.
Beliau berkata, mayat dihantar ke HRPB untuk dibedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan mati mengejut.