MELAKA: Dua nelayan dari Jeti Padang Temu, di sini yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat ikan di perairan Pulau Undan pada 15 Januari lalu, ditemui selamat di Dumai, Indonesia.
Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, Muarep Sakem, 63, dan Rosenizam Maharam, 55, diselamatkan oleh nelayan Indonesia selepas bot mereka hanyut akibat cuaca buruk dan kerosakan enjin.
“Kami bersyukur kedua-dua mangsa ditemui tanpa kecederaan serius.
“Kita bekerjasama dengan Konsulat Malaysia di sana bagi menguruskan proses penghantaran pulang ke Malaysia,” katanya.
Pada 17 Januari lalu, dua nelayan dilaporkan hilang selepas bot dinaiki dipercayai mengalami kerosakan enjin di perairan Pulau Undan.
Kedua-dua mangsa, dilapor hilang ketika memukat ikan serta kali terakhir berhubung dengan majikan mereka bagi memaklumkan kerosakan enjin bot pada jam 10 pagi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.