Tumpuan :
Nasional

2 melecur selepas 6 kediaman pekerja musnah dijilat api

Enam kediaman pekerja ladang kelapa sawit di Lundu musnah dalam kebakaran pada malam Rabu.

Oleh: Kadir Edison

LUNDU: Dua perkerja sebuah ladang kelapa sawit di sini mengalami kecederaan melecur selepas enam unit kediaman perkerja ladang berkenaan musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kedua-dua mangsa, masing-masing warganegara Indonesia yang belum dikenal pasti identiti melecur di kaki dan belakang bada.

Manakala salah seorang mangsa mengalami sesak nafas.

Jurucakap Pusat Gerakkan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, panggilan kecemasan diterima sekitar jam 6.45 petang semalam, dan mengarahkan 11 anggota bersama satu jentera dan satu EMRS untuk ke lokasi kejadian.

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 37 kilometer (km) dalam kawasan ladang berkenaan.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal kebakaran sebelum operasi terbabit ditamatkan sepenuhnya jam 10.20 malam tadi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, seramai 13 mangsa termasuk dua yang cedera merupakan pekerja ladang berkenaan.

“Kedua-dua mangsa terbabit mengalami cedera melecur tahap pertama telah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Klinik berdekatan untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini