Tumpuan :
Nasional

2 melecur akibat kebakaran rumah kedai

Sebuah bengkel di aras bawah rumah kedai tiga tingkat terbakar dalam kejadian petang tadi di kawasan perindustrian Sungai Puloh, Klang. – FOTO: JBPM Selangor

SHAH ALAM: Dua lelaki mengalami kecederaan melecur dalam kebakaran sebuah kedai tiga tingkat di kawasan perindustrian Sungai Puloh, Klang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kedua-dua mangsa mengalami lecur sehingga 75 peratus, namun identiti mereka masih belum dikenal pasti.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan pada jam 4.54 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara, BBP Klang Selatan, dan BBP Kapar dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai tiga tingkat, dengan bahagian bengkel di tingkat bawah musnah hampir 85 peratus.

“Kebakaran turut mengakibatkan kemusnahan tiga kenderaan selain kecederaan serius kepada dua mangsa,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini