Tumpuan :
Nasional

2 maut dalam nahas kereta bertembung dengan lori

Seorang lelaki dan penumpang wanita menaiki Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. FOTO: JBPM Kelantan

GUA MUSANG: Dua maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Alza yang bertembung lori 10 tan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Sungai Lakit, pagi tadi.

Dalam nahas itu, seorang lelaki dan penumpang wanita menaiki Perodua Alza meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4.06 pagi.

Sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 45 minit kemudian.

“Di tempat kemalangan, terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan jam 5 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan,” menurut kenyataan itu.

Seorang lagi mangsa perempuan yang juga penumpang Alza yang tercampak dari kenderaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat pada jam 5.39 pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini