Tumpuan :
Nasional

2 maut dalam nahas 7 kenderaan di laluan lebuh raya Gopeng-Simpang Pulai

Kemalangan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh pagi tadi, – FOTO: Ihsan PLUS

IPOH: Seorang daripada dua lelaki yang maut dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini pagi tadi, ditemukan dalam keadaan berkecai.

Difahamkan, dua mangsa yang maut di lokasi kejadian, masing-masing pemandu lori gula pasir dan pemandu lori muatan logam.

Akibat kejadian, laluan Gopeng-Simpang Pulai di kedua-dua arah di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan terhalang berikutan kemalangan melibatkan empat kereta dan tiga treler jam 7.30 pagi tadi.

FOTO: Ihsan pembaca

Menurut Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dalam hantaran di X, kejadian mengakibatkan aliran trafik sesak dan kenderaan tidak bergerak.

“Semua lorong kedua-dua arah masih terhalang. Trafik tidak bergerak,” katanya.

Plus turut menasihatkan pengguna keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah selatan) dan Plaza Tol Gopeng (arah utara).

FOTO: Ihsan pembaca

Setakat ini, jumlah dan keadaan mangsa terlibat belum dapat disahkan.

Operasi menyelamat sedang dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan bantuan BBP Gopeng selepas menerima panggilan pada jam 7.46 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini