Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah
SETIU: Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah perodua Axia dan pacuan empat roda.
Nahas berlaku di Jalan Setiu-Kuala Terengganu, jam 4.31 pagi tadi.
Mangsa maut membabitkan dua wanita iaitu pemandu dan penumpang belakang kereta perodua Axia.
Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala dua lagi penumpang kereta itu iaitu seorang lelaki dan seorang lagi wanita, cedera.
Pemandu pacuan empat roda dan seorang penumpang juga dilaporkan turut cedera.
Bagaimanapun kesemua identiti mangsa belum dikenalpasti.
Penolong Penguasa Bomba, Mohd Sarizan Mohammad Sapawi, bersama seorang lagi pegawai dan 9 anggotanya membantu mengeluarkan pemandu wanita dan penumpang yang tersepit.
Operasi mengeluarkan mangsa berakhir jam 6.22 pagi tadi.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Setiu, untuk tindakan lanjut.
Mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.