Oleh: Selwam Arjunan
ALOR SETAR: Dua mangsa rentung, manakala keadaan seorang lagi mangsa masih belum dipastikan dalam kebakaran rumah di Tongkang Yard, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Azhar Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.51 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi enam minit kemudian.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas A berkeluasan 40×70 kaki.
“Api dapat dikawal pada jam 7.11 pagi.
“Semasa operasi pemadaman, dilaporkan terdapat tiga mangsa dalam rumah. Dua mangsa telah rentung dijumpai di dalam rumah.
“Status seorang lagi mangsa masih belum dapat disahkan kerana proses pemadaman api masih berlangsung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, anggota bomba masih berada dalam operasi pemadaman api di lokasi.
Identiti mangsa masih sedang dikenalpasti pihak berkuasa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.