comscore
Tumpuan :
Nasional

2 lelaki mengaku tak salah sebabkan letupan guna alat kawalan jauh

KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyebabkan letupan di depan sebuah kedai minggu lalu.

Alex Lau, 32 dan Lai Meng Sien, 34, didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Lau dan Lai didakwa menyebabkan letupan di depan sebuah kedai di kondominium Tiara Mutiara 1 di Jalan Puchong dan Jalan Klang Lama jam 6 pagi 2 Mei lalu.

Kedua-dua tertuduh itu didakwa mengubah suai paip PVC menjadi bahan letupan buatan sendiri (IED) yang diledakkan melalui kawalan jauh untuk menyebabkan letupan.

Majistret Nur Farahain Roslan membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 bersama seorang penjamin  serta mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

22 Jun depan ditetapkan untuk serahan dokumen oleh pendakwaan kepada pembelaan.

Loading...
Terkini