Oleh: Zahir Senapiah
SEGAMAT: Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di Jementah dekat sini bagi menempatkan 24 mangsa daripada 6 keluarga susulan banjir yang melanda kampung mereka.
Ia menjadikan 3 PPS dibuka di Johor yang menempatkan 184 mangsa dari 51 keluarga
membabitkan dua daerah iaitu Segamat dan Tangkak.
PPS Bukit Rahmat di Gerisik, Tangkak di buka jam 10.15 pagi tadi bagi menempatkan mangsa dari kampung Parit Bengkok yang dinaiki air hingga 0.5 meter
Ia susulan kadar luruhan hujan melebihi kadar biasa sejak semalam.
Menurut kenyataan bilik gerakan bencana Johor, dua PPS yang dibuka di Segamat adalah di Balai raya Kampung Paya lebar dan kampung Bukti Tunggal.
“Dua sungai iaitu Sungai Muar di Segamat dan Sungai Kampung Seri Makmur melebihi paras bahaya.
“Penduduk yang tinggal di kawasan rendah diminta bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.