Tumpuan :
Nasional

2 kumpulan penyokong bola sepak bergaduh di stesen LRT

Foto tangkap layar video tular

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Seramai 20 hingga 30 individu dikesan melakukan rusuhan di platform Stesen Bandar Tasik Selatan, Sungai Besi.

Kejadian berlaku tengah malam tadi di stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil menghala ke Sentul Timur ketika tren tiba di platform terbabit.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan memaklumkan terdapat sekumpulan penyokong bola sepak telah keluar daripada tren dan berlakunya pertengkaran di antara penyokong kumpulan lain menyebabkan pergaduhan berlaku.

Mengikut maklumat awal, dua kumpulan penyokong bola sepak dianggarkan seramai 20 hingga 30 orang bertindak agresif bertumbuk antara satu sama lain, membaling tong sampah, penghadang pintu lif ke arah tren serta menendang pintu tren.

Insiden menyebabkan kerosakan di bahagian pintu cermin tren dan menyebabkan tren terhenti lebih kurang lapan minit.

Bagaimanapun anggota bertugas bertindak meleraikan pergaduhan yang berlaku antara dua kumpulan terbabit dan keadaan menjadi terkawal setelah pintu tren tutup dan tren terus beredar dari tempat kejadian.

Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

Kes disiasat mengikut seksyen 147/427 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini