Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 2 hari menghilangkan diri, lelaki OKU tetak bapa akhirnya ditahan

ARAU: Lelaki yang menetak kepala dan telinga bapanya di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, pada Isnin lalu ditangkap polis hari ini di Kuala Perlis.

Suspek yang berusia 45 tahun serta mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana mengalami ketidakupayaan mental itu ditahan sekitar 10 pagi di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, ketika ditahan, suspek dipercayai dalam keadaan lesu akibat tidak makan dan minum selama dua hari susulan melarikan diri selepas kejadian berkenaan.

“Setakat ini, punca kejadian masih lagi dalam siasatan. Polis akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, bagi mengetahui masalah mental suspek.

Pemuda OKU mental sudah ditahan polis (gambar fail). – Foto: Ihsan Pembaca

“Kami juga menjalankan mencari senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya selepas Majlis Perasmian dan Ucaptama Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi Universiti Awam (Smart Suksis 2.0) di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam kejadian 5 petang Isnin lalu, mangsa yang juga bapa suspek berusia 73 tahun cedera di kepala serta telinga kiri akibat ditetak dengan parang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini