comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 2 budak disangka hilang rupanya terperangkap 9 jam dalam lif

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang sejak petang semalam di Desa Petaling, ibu negara ditemui selamat tengah malam tadi.

Faiq Adiwira, 11, dan seorang lagi kanak-kanak berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang ditemui terperangkap dan tertidur dalam lif yang sedang diselenggara di kediamannya di sebuah kondominium di Desa Petaling, pada jam 12.45 tengah malam.

Kedua-dua mereka yang dipercayai terperangkap selama lebih 9 jam ditemui selepas kelibat mereka dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Terdapat dua laporan polis dibuat berhubung kehilangan dua kanak-kanak terbabit oleh waris mereka petang semalam.

“Berdasarkan maklumat, dua kanak-kanak terbabit telah keluar rumah pada jam 2.30 petang semalam untuk membeli pai di kedai berdekatan simpang sebuah sekolah menengah sebelum mereka terperangkap dalam lif berkenaan,” katanya hari ini.

Sementara iru berdasarkan maklumat penduduk kediaman berkenaan, kanak-kanak terbabit sudah meminta bantuan sehingga keletihan dan tertidur.

Difahamkan pihak pengurusan penyelenggaraan di kawasan kediaman mangsa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini