TANJUNG KARANG: Dua beradik yang bermain di kawasan parit dekat Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, di sini, semalam, ditemui lemas.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.51 malam.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang bermain dan dipercayai terjatuh ke dalam parit.
“Mereka kemudian dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan pegawai perubatan mendapati kedua-duanya meninggal dunia,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.