Tumpuan :
Nasional

2 beradik calon SPM, STPM terima pelbagai bantuan daripada pihak prihatin

Mohamad Lutfi Muqri (kiri) dan abangnya Mohamad Akmal Muqri memilih pakaian sekolah. – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Nasib dua beradik calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang rumah mereka terbakar kelmarin, terus mendapat perhatian pelbagai pihak prihatin.

Mohamad Lutfi Muqri Mohamad Farok, 18, berkata, keprihatinan pihak yang membantu mereka selepas kediaman di Jalan Ubi, Kampung Sri Jaya terbakar, sedikit sebanyak menenangkannya.

“Alhamdulillah, semalam Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) beritahu akan bantu apa sahaja keperluan untuk lancarkan saya ambil SPM dan abang ambil STPM.

“Hari ini, kami dibawa berbelanja (barang keperluan) di Econsave pula, memang gembira dan terubat sedih.

“Dengan bantuan ini semua, Insya-Allah saya lebih tenang fikir untuk jawab periksa selepas ini termasuk esok bagi kertas Bahasa Inggeris,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Econsave Taman Teratai yang memberi sumbangan RM1,500.

Dalam kebakaran itu, semua buku, nota dan peralatan peperiksaan Mohamad Lutfi Muqri dan abangnya, Mohamad Akmal Muqri, 20, musnah menyebabkan mereka terpaksa meminjam daripada rakan untuk membuat ulang kaji akhir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini