RINGKASAN BERITA
- Dua anggota polis yang maut diserang di Balai Polis Ulu Tiram akan dikebumikan di Bidor, Perak dan Gambang, Pahang selepas selesai bedah siasat.
- “Dua anggota yang terkorban masing-masing mula bertugas pada 2021 dan 2022 dan mereka masih bujang,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain
JOHOR BAHRU: Dua anggota polis yang maut diserang di Balai Polis Ulu Tiram, akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Bidor, Perak dan Gambang, Kuantan, selepas bedah siasat selesai.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seorang lagi anggota yang parah kini stabil, selepas terkena tembakan di bahu kiri dan pinggul dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
“Dua anggota yang terkorban masing-masing mula bertugas pada 2021 dan 2022 dan mereka masih bujang.
“Jenazah dua anggota terkorban akan dibawa balik ke kampung halaman mereka di Bidor dan Gambang, selepas semua proses bedah siasat selesai.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota yang terkorban dalam serangan awal pagi tadi.
“Bagaimanapun, kebajikan dan keperluan anggota, kita akan uruskan dengan baik termasuk keluarga mangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di perkarangan Balai Polis Ulu Tiram, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar.
Proses bedah siasat membabitkan mayat kedua-dua anggota polis dan seorang suspek yang maut dalam insiden serangan awal pagi tadi itu dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, HSI.
Ketiga-tiga mayat berkenaan tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi.
Tinjauan di lokasi menunjukkan laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram
- 2 anggota Balai Polis Ulu Tiram terbunuh, penyerang mati ditembak
- Lebih 50 anggota polis kawal ketat Balai Polis Ulu Tiram
- Suspek serang, bunuh 2 anggota di Balai Polis Ulu Tiram, sah ahli JI – KPN
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN