comscore
Tumpuan :
Nasional

TERKINI | 19 individu termasuk pemimpin utama GISBH ditahan

PETALING JAYA: Polis menahan 19 individu termasuk pemimpin utama Global Ikhwan Services And Business Holdings, (GISBH) bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan dilakukan hasil serbuan jam 5.40 pagi di sebuah premis kediaman di Jalan Imbi, ibu negara.

Tambah beliau, hasil serbuan seramai 12 lelaki dan 7 wanita ditahan.

Turut ditahan, dua anak kepada pemimpin GISBH berkenaan.

Difahamkan kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk direman petang ini.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini