comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kematian Zayn Rayyan ada unsur jenayah – KP Selangor

SUNGAI BULOH: Hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mendapati ada kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

Justeru, polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak itu sebagai kes bunuh.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat ke atas kanak-kanak terbabit mendapati ada unsur jenayah.

Jenazah Zayn Rayyan selepas proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh.

“Terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Proses bedah siasat mengambil masa 5 jam dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB), mendapati terdapat kesan kecederaan pada leher dan tubuh badan mangsa yang dipercayai ada kaitan dengan perbuatan jenayah.

Setakat ini, Hussein berkata belum ada sebarang tangkapan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.

Zayn Rayyan yang dilapor hilang sejak kelmarin ditemukan meninggal dunia, malam tadi.

Mayatnya dijumpai di kawasan sungai, jam 10 malam berdekatan kawasan perumahannya  di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Penemuan mayat kanak-kanak berkenaan susulan Op Tutup rumah ke rumah dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini