KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,790 kes kemalangan dengan tujuh kematian direkodkan di seluruh negara, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kedua-dua kes itu menurun berbanding hari sebelumnya.
“Kes kemalangan menurun 40 kes berbanding 1,830 kes (Khamis) manakala kes kematian menurun enam kes berbanding 13 kes sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara ‘real time’ setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan pelaporan yang akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah sama seperti pelaporan kes harian jangkitan COVID-19 sebelum ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.