comscore
Tumpuan :
Nasional

171 mangsa banjir di Pahang ditempatkan di 4 PPS

FOTO: NSTP

KUANTAN: Seramai 171 mangsa daripada 49 keluarga berada di empat pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan dua daerah iaitu Rompin dan Maran, setakat jam 5 petang, hari ini.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat PPS yang dibuka, masing-masing tiga PPS di Rompin membabitkan 164 mangsamanakala satu PPS di Maran pula membabitkan tujuh mangsa.

Di Rompin, seramai 122 mangsa berada di Balai Raya Kampung Rekoh, 35 mansga di Dewan Orang Ramai Bukit Ibam dan masing-masing tujuh mangsa di Balai Raya Bandar Perwira Jaya Balai Raya Jengka 6, Maran.

Sementara itu, menerusi hantaran Facebook Polis Rompin hari ini, hujan berterusan sejak pagi semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Rompin ditenggelami banjir.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini mengeluarkan amaran daerah Rompin dan Pekan dijangka menerima hujan lebat berterusan (tahap bahaya) sehingga esok.

Dua sungai di Rompin pula merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Keratong dan Sungai Pukin.

Hujan lebat berterusan (tahap buruk) pula dijangka berlaku di daerah Jerantut, Maran, Kuantan dan Bera.

Loading...
Terkini