Tumpuan :
Nasional

17 PATI ditahan sekitar Manjung

FOTO: JIM Perak / Facebook

IPOH: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 17 pendatang tanpa izin (PATI) dalam serbuan di enam premis berasingan di sekitar daerah Manjung menerusi Ops Selera, Dandan dan Kutip pada 22 November lepas.

Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, seramai 27 pegawai Imigresen terlibat dalam serbuan itu hasil aduan orang ramai dan pemeriksaan yang dijalankan jabatan berkenaan.

FOTO: JIM Perak / Facebook

“Seramai 17 warga asing yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Warga asing yang ditahan terdiri daripada lapan lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 18 hingga 49 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

FOTO: JIM Perak / Facebook

Meor Hezbullah berkata kesemua yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut proses undang-undang di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen15(1)(c) akta sama serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini