Tumpuan :
Nasional

17 kenderaan dipandu warga asing disita

Foto ihsan JPJ

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menyita 17 kenderaan dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya, kelmarin.

Dalam operasi tiga jam bermula 7 pagi, JPJ turut mengeluarkan 116 saman terhadap warga Pakistan, Bangladesh, Myanmar dan Indonesia serta etnik Rohingya.

JPJ negeri dalam kenyataan memaklumkan kenderaan disita termasuk 14 motosikal, dua kereta dan sebuah van, selain kenderaan lain yang mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain.

“Antara kesalahan tertinggi adalah tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Operasi diadakan bagi memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap ketidakpatuhan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kaedah di bawahnya terhadap asing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini