comscore
Tumpuan :
Nasional

1,633 insiden serangan siber terhadap agensi kerajaan pada 2023

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,633 insiden serangan siber terhadap agensi kerajaan dan negeri direkodkan tahun lalu, manakala untuk tahun ini sehingga bulan lalu sebanyak 431 lagi kejadian sama dicatatkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata serangan itu berdasarkan statistik daripada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) melalui Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4).

“NC4 mencadangkan pelaksanaan amalan terbaik untuk memastikan persekitaran agensi dilengkapi dengan kawalan keselamatan termasuk perisian anti-virus yang sentiasa dikemas kini.

“Ia juga mencadangkan agensi kerajaan untuk membangun dan melaksanakan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan serta mengukuhkan pelaksanaan pengesahan (authentication) log masuk dengan penggunaan Multi-Factor Authentication (MFA),” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar).

Katanya, di Perlis saja 21 insiden direkod tahun lalu dan empat insiden, tahun ini.

Dr Zaliha berkata, NC4 juga mencadangkan agar agensi kerajaan, menyemak semula pembahagian rangkaian bagi mengawal jangkitan ancaman siber daripada merebak ke seluruh rangkaian agensi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini