comscore
Tumpuan :
Nasional

16 operatif UTK dianugerah lencana selam tempur

Antara 16 operatif UTK PDRM yang menerima Lencana Selam Tempur daripada Mohd Kamarudin.-Foto ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Seramai 16 operatif pasukan elit, Unit Tinda Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengharungi Kursus Asas Penyelam Tempur Unit Tindakhas (UTK) Siri 1/2024 di Pulau Bidong, Terengganu, kelmarin.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berkata, seramai 15 anggota dan seorang pegawai kanan dianugerahkan lencana Penyelam Tempur selepas berjaya mengatasi pelbagai cabaran dalam kursus selama sebulan.

“Sepanjang empat minggu kursus kendalian Unit Selam Tempur UTK peserta didedahkan dengan pelajaran untuk mengendalikan set selam skuba taraf advance.

“Kursus ini juga memberi peserta kursus ilmu penyelam tempur yang merangkumi latihan teknik penggeledahan, serbuan bot, kapal, serbuan pantai dan pengendalian bot enjin sangkut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Hadir sama bagi menyempurnakan majlis adalah Pengarah JKDNKA, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dan Komander UTK, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah.

Mohd Kamarudin dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada setiap operatif terbabit kerana berjaya menunjukkan disiplin serta ketahanan mental dan fizikal yang tinggi bagi mengharungi kursus itu.

Turut berlangsung upacara Penganugerahan Beret Kehormat UTK dan Lencana Sniper Kehormat UTK yang mana tiga peserta terbaik turut diberikan penghargaan di atas prestasi mereka sepanjang kursus selam terbabit.

Antaranya adalah pemenang anugerah Peserta Terbaik Keseluruhan, Koperal Thaddeus Anak Paul; Peserta Terbaik Latihan Luar, Koperal Raja Mat Latif Raja Zahari dan Peserta Terbaik Akademik, Lans Koperal Nur Hidayat Sabri.

“Kemuncak majlis penutup menyaksikan pemakaian lencana Penyelam Tempur UTK dan penyampaian sijil kepada peserta kursus.

“Majlis berkenaan diakhiri dengan acara uji temnal rifal sniper oleh Pengarah JKDNKA yang dikendalikan oleh operatif unit sniper UTK,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini