KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan setakat ini terdapat 16 lokasi kejadian bencana di seluruh negara.
Lokasi dikenal pasti paling tinggi adalah cerun runtuh diikuti lokasi terkesan banjir, jalan runtuh, banjir kilat dan jambatan runtuh atau rosak.
Bilik Gerakan Bencana (BigBen) dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku dilaporkan membabitkan tiga daerah di Kedah, dua daerah masing-masing di Kelantan, Selangor, Terengganu dan Perak selain satu kawasan di Johor dan Pahang.
“Daripada 16 lokasi yang terkesan, ia membabitkan enam jalan persekutuan dan 10 jalan negeri,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Sementara itu, perkembangan terkini banjir menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan sejumlah 2862 mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua negeri iatu Kelantan dan Perak.