Oleh : Zahir Senapiah
KOTA TINGGI : Polis menahan 16 lelaki termasuk 3 warga asing dalam satu serbuan di kawasan Felda Tunggal dekat sini kerana dipercayai terbabit kegiatan judi laga ayam, tengahari semalam.
Turut dirampas 8 ekor ayam jantan, peralatan laga ayam dan wang tunai berjumlah RM5,473 yang digunakan bagi tujuan berjudi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, DSP Nik Azaham Nik Aziz berkata, semua lelaki yang ditahan berumur 25 hingga 60 tahun telah direman hingga 11 Oktober bagi membantu siasatan.
Ujarnya, ujian air kencing mendapati 2 daripada 16 individu yang ditahan adalah positif dadah.
Kes disiasat dibawah seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Merbahaya 1952.
Manakala kes judi laga ayam disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi terbuk 1953, Seksyen 32(1)(a) & 32(2) (a) Akta kebajikan haiwan 2015 dan peraturan 25(1) (n) peraturan-peraturan pendaftaran negara 1990.