Tumpuan :
Nasional

15,000 anak pokok bernilai lebih RM4.5 juta dirampas

Lori yang ditahan anggota PGA9 yang memuatkan anak pokok bernilai lebih RM4.57juta di Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang, di sini, kelmarin. – Foto: Ihsan PGA

RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 15,000 anak pokok pelbagai jenis bernilai lebih RM4.57 juta dalam serbuan di Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang, di sini, kelmarin.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata anggota bertugas mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan lori terbabit yang dipandu lelaki berusia 53 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua anak pokok berkenaan diseludup dari Thailand, disyaki untuk pasaran tempatan.

“Anggota kemudian mengambil tindakan dengan menahan suspek serta merampas lori dan kesemua anak pokok untuk dibawa ke Komtak Taman Bakti, di sini, bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawahAkta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini