comscore
Tumpuan :
Nasional

150 penduduk tinggal sehelai sepinggang, 44 rumah musnah terbakar

Kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod. – FOTO: Ihsan Bomba

KINABATANGAN: Lebih 150 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas 44 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pinangah, Tongod, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 7.20 malam itu, sebahagian besar penghuni tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan dokumen penting dan barangan berharga, berikutan api marak dengan cepat selain kedudukan rumah yang rapat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.24 malam.

Katanya, sepasukan 13 anggota bersama dua buah jentera dan utiliti bergegas ke tempat kejadian yang terletak 174 kilometer dari balai bomba berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini