comscore
Tumpuan :
Nasional

15 pelajar SBP dimasukkan wad kerana keracunan makanan

FOTO: Hospital Tuanku Ampuan Najihah /  Facebook

JEMPOL: Seramai 15 pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Jempol dimasukkan ke wad selepas mengalami keracunan makanan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Dr Roslan Hussin berkata 15 pelajar dari tingkatan satu hingga lima dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah sejak malam tadi.

Katanya kesemua mereka disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah makan tengah hari di dewan asrama sekolah berkenaan tengah hari semalam.

“Sebelum itu seramai 24 pelajar dihantar ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan dan selepas itu sembilan pelajar dibenarkan pulang manakala 20 pelajar diberi ubat sahaja (mild case).

“Ketika ini masih ada 15 pelajar yang berada diwad bagi menerima rawatan susulan dan keadaan kesemua pelajar adalah stabil,”katanya

Roslan berkata pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masih menjalankan siasatan punca sebenar kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini