comscore
Tumpuan :
Nasional

15 individu ditahan kes memasak di stesen minyak

Tangkap layar video tular

Oleh: Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Polis menahan 15 individu berhubung kes tular melibatkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata tangkapan tersebut membabitkan 10 lelaki dan 5 wanita.

Tambah beliau, kesemua mereka berusia antara 23 hingga 28 tahun itu ditahan pada 18 Mei lalu dan telah dirakam percakapan.

Kesemua mereka katanya kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Empat saksi kejadian juga telah dirakam percakapan.

Jelas beliau, pihaknya kini dalam proses melengkapkan siasatan dan merakam percakapan saksi kejadian.

Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya dalam masa terdekat.

Klip video kejadian itu yang berdurasi 50 saat dimuat naik di media sosial pada 13 Mei lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini