comscore
Tumpuan :
Nasional

1,462 pegawai, anggota JBPM Johor giat jalani latihan hadapi Monsun Timur Laut

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Bagi mendepani cabaran ketika musim Monsun Timur Laut (MTL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor kini giat menjalani latihan fizikal dan mental.

Ini kerana 35 balai bomba di seluruh negeri ini telah diarah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Justeru bagi tujuan itu, seramai 1,462 pegawai dan anggota JBPM Johor menjalani latihan pengujian peralatan dan logistik yang turut disaksikan Pengarah JBPM Johor, Siti Rohani Nadir.

Bukan itu sahaja, latihan turut membabitkan usaha menyelamat di dalam air membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Sebanyak 38 kenderaan pacuan empat roda, 10 lori dan 45 kenderaan marin juga berada dalam keadaan baik dan bersedia digerakkan ke lokasi sekiranya diperlukan.

Sehingga kini, JBPM Johor telah mengenal pasti 745 lokasi hotspot banjir yang membabitkan semua daerah di negeri itu.

Ia secara tidak langsung dapat membantu anggota memberi maklumat awal kepada penduduk di kawasan terlibat agar sentiasa peka serta bersedia menghadapi bencana.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini