comscore
Tumpuan :
Nasional

145 syor untuk agensi Kerajaan Persekutuan, negeri – LKAN

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 145 syor dikemukakan oleh Ketua Audit Negara bagi menambah baik perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam satu kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, berkata, 24 daripada syor penambahbaikan perkhidmatan itu untuk kerajaan Persekutuan.

Manakala 121 syor lagi dikemukakan kepada jabatan dan agensi kerajaan negeri.

“Sijil Ketua Audit Negara bagi 13 penyata kewangan Kerajaan Negeri tahun berakhir 31 Disember 2022 sudah selesai dikeluarkan sehingga Ogos lalu.

“Semua pegawai pengawal/pegawai kewangan negeri/ketua jabatan yang berkenaan sudah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) untuk tujuan pengesahan.

“Mesyuarat Penutup juga sudah diadakan bagi tujuan membincangkan penemuan audit dan mendapatkan penjelasan serta maklum balas terhadap isu-isu berbangkit,” katanya.

Loading...
Terkini