comscore
Tumpuan :
Nasional

14 gajah ganggu penduduk ditangkap

PERHILITAN Perak melanjutkan operasi translokasi 10 gajah yang ditangkap di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang dekat sini bermula Ahad lalu apabila empat lagi gajah berjaya ditangkap. – Foto ihsan pembaca

GERIK: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menangkap 14 gajah yang mengganggu penduduk di Tanjung Rimbun, Kampung Batu 6, Bandariang, di sini, sejak Ahad minggu lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, empat gajah ditangkap pada pagi Jumaat, selepas pihaknya menangkap 10 gajah pada Rabu lalu.

Katanya, konflik kawanan gajah berkeliaran di kampung itu mula dilaporkan sejak awal tahun ini, dengan 14 gajah yang ditangkap kali ini tidak termasuk enam gajah yang sebelum ini pernah ditangkap antara tempoh April hingga Jun lalu di kawasan sama.

“Kesemua gajah yang ditangkap itu akan dipindahkan ke habitat yang bersesuaian,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Yusoff berkata, operasi pemindahan atau translokasi 14 gajah berkenaan ini dijadualkan selama enam hari bermula Khamis lepas sehingga Selasa depan

“Operasi dijangka membabitkan kekuatan 27 kakitangan dari Perhilitan Perak dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang, dengan khidmat gajah denak, Abot dan Rambai diperlukan bagi melancarkan operasi itu.

“Operasi turut bergantung kepada faktor cuaca semasa,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini