comscore
Tumpuan :
Nasional

13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

KUALA TERENGGANU: Hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah di negeri ini menyebabkan berlakunya kenaikan air sungai melebihi paras bahaya.

Setakat 4.30 petang tadi, 13 sungai di negeri ini melebihi paras bahaya manakala dua lagi melepasi paras amaran.

Berdasarkan laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, paras air sungai di Jambatan Keruak, Besut mencatatkan paras air 37.99 meter melebihi 35 meter.

Sungai Besut di Kampung LA mencatatkan 24.30 meter melebihi paras bahaya iaitu 21.80 meter.

Turut mencatat kenaikan melebihi paras bahaya adalah Sungai Nerus di Kampung Langkap iaitu 21.46 meter (21.00 m), Sungai Setiu di Kampung Besut mencatatkan paras 18.12 m (17.50m), Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri 8.82m (8.80m).

Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu mencatatkan kenaikan 10.79m melebihi paras bahaya iaitu 8.40m, Sungai Berang di Kampung Menerong mencatatkan kenaikan 25.70m (24.50m), Sungai Peneh di Kampung Menerong meningkat kepada 38.43m (37.50m), Sungai Tersat di Kampung Sekayu mencatatkan kenaikan 23.35m (21.00m).

Paras Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping meningkat setinggi 19.90m (19.70m), Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja melepasi paras bahaya 39.34m dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (12.70m).

Dua lagi sungai yang melebihi paras amaran adalah Sungai Besut di Jambatan Jertih mencatatkan 7.05m dan Sungai Nerus di Kampung Besut mencatatkan 13.09m.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini