Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 13 jam padam kebakaran enam kilang perabot

 

SUNGAI BULOH: Bomba mengambil masa kira-kira 13 jam untuk memadam kebakaran enam kilang pembuatan tilam di Kampung Baru Sungai Buloh, di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kebakaran bermula kira-kira 4 petang semalam itu berjaya dipadam sepenuhnya 6.05 pagi tadi.

Artikel berkaitan: 6 kilang perabot terbakar, seorang pekerja cedera 

“Sepasukan anggota bomba bersama 12 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara, BBP Rawang, BBP Seksyen 7, BBP Puchong dan BBP TTDI dari Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian, dan tiba jam 5 petang.

“Kebakaran yang tidak membabitkan mangsa itu berjaya dikawal 6.05 petang.

“Api berjaya dipadam sepenuhnya jam 6.05 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Loading...
Terkini