Tumpuan :
Nasional

13 cedera, bas bawa pelancong terbabas di Ranau

Bas membawa 24 pelancong terbabas berhampiran simpang Ladang Teh Luanti di Ranau menyebabkan 13 penumpang cedera.- Foto : PDRM

RANAU: Tiga belas daripada 24 pelancong cedera selepas bas dinaiki mereka terbabas di Kilometer 12 Jalan Ranau-Telupid, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.45 tengah hari dengan semua penumpang yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.55 petang membabitkan bas pelancong membawa 24 penumpang yang terbabas sendiri berhampiran simpang Ladang Teh Luanti, di sini.

“Sepuluh mangsa dibawa ke Hospital Ranau menggunakan RMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan, manakala baki tiga lagi dibawa ke Klinik Kesihatan Lohan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pasukan polis trafik turut dikerah ke lokasi untuk membantu mengawal lalu lintas,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini