
Oleh : Siti Khadijah Jaafar
KUALA LUMPUR : Seramai 13 bayi merdeka dilahirkan dari detik tengah malam hingga jam 10.31 pagi tadi di Hospital Tunku Azizah,
di sini.
Daripada jumlah itu, sembilan adalah bayi perempuan manakala empat lelaki.
Artiekl berkaitan: Hari Kebangsaan 2023: Demonstrasi Tempur Tanpa Senjata beri kelainan sambutan di Pulau Pinang
Pengarah hospital Tunku Azizah, Dr Shamsul Anuar Kamarudin berkata, sembilan bayi dilahirkan secara normal dan empat menerusi pembedahan.
Semua proses kelahiran berjalan lancar dengan bantuan dan sokongan kakitangan bertugas.
“Kebiasaanya di hospital Tunku Azizah ni kita punya kadar kelahiran adalah antara 35 ke 50 sehari mungkin sehingga 12 malam mungkin dalam 35 ke 50 lah baby merdeka”, katanya pada majlis sambutan bayi merdeka 2023 di wad bersalin hospital itu, awal pagi tadi.
Bayi pertama dilahirkan adalah bayi lelaki seberat 3.39 kilogram.
Acara tahunan ini sebagai tanda kesyukuran terhadap kelahiran generasi baru selain berkongsi kegembiraan dan menyuburkan semangat patriotisme bersama keluarga terbabit.

Bagi Norazian Mohd Adnan, beliau dan suami bersyukur kerana anak kedua mereka dilahirkan pada tarikh istimewa itu.
“Ahamdulillah mudah, start sakit daripada petang dah berhari dah tapi still bertahan juga untuk dapatkan 31 haribulan 8 so dia pun ok bertahan. Start pukul 11.55 tu memang dah tak boleh tahan cakap dekat nurse pastu dia kata ok push lah “.
Suaminya, Mohd Amirul Zainisham pula berharap bayi perempuan mereka akan menjadi anak solehah dan berbakti kepada negara.

Kegembiraan sama turut dikongsi pasangan suami isteri Nor Erma Filzah Mohd Rusli dan Awang Hanif Awang Ali yang menyambut kelahiran cahaya mata ketiga.
“Rasa macam lega sebab memang dah set untuk macam keluar untuk merdeka tapi Alhamudlillah lah dia keluar memang hari merdeka”, ujar Nor Erma.

Suaminya, Awang Hanif Awang Ali pula bersyukur apabila melihat isteri dan anaknya selamat serta dalam keadaan sihat.
“Memang rasa bangga lah bersyukur apabila anak pun selamat, isteri pun selamat, harapan saya supaya bayi ini menjadi perwira , dapat jadi harapan dan banggakan negara”, katanya.