MARAN:126 mangsa di Kampung Baru, Sungai Chedong di sini, berlindung di pusat perpindahan sementara (PPS) berikutan banjir kilat yang berlaku petang semalam.
Jumlah itu membabitkan 26 keluarga terjejas selepas hujan lebat berterusan bermula pada kira kira jam 6.30 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Kampung Baru,Sungai Chedong dinaiki air.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah MaranKapten(PA) Mohd Nor AzharYusof berkatakeadaan itu menyebabkan aliran sungai di kawasan kilang sawit berhampiran telah melimpah ke Sungai Chedong dan menyebabkan limpahan air dan menjejaskan kira-kira 23 buah rumah di Kampung Baru Sungai Chedong.
“Semua mangsa telah dipindahkan ke pusat perpindahan sementara ( PPS) Kampung Baru Sungai Chedong yang dibuka pada jam 11.30 malam tadi.
“APM kini sedang membuat pemantauan situasi semasa dan menghantar bantuan keperluan asas bencana kepada mengsa di PPS,” katanya.